Roadshow TM bersama PPD Segamat - Skim F Daerah Segamat
Friday, January 28, 2011


Berikut adalah ringkasan Roadshow Telekom Malaysia di PPD Segamat yang berlangsung pada 27hb Januari 2011 bertempat di SMK Agama, Segamat dari pukul 2 petang hingga 5 petang. Secara keseluruhan pakej TM 2Mbps adalah yang terbaik bagi sekolah.

Garis Panduan:
Peruntukan Sebanyak Rm600 Yang Disediakan Oleh Kerajaan Untuk Pihak Sekolah Mendapat Perkhidmatan Jalur Lebar Akan Bermula Pada Febuari 2011 Dan Akan Tamat Secara Automatik Apabila Projek Terbaru Tm Untuk Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Dipanggil Schoolnet 2.0 Bermula (Dianggarkan Dalam Tahun Ini Juga)


Langganan Jalur Lebar (School Broadband) Selepas Aktifnya Schoolnet 2.0 Adalah Menjadi Tanggungjawab Pihak Sekolah Dan Pihak Kpm Tidak Akan Mengeluarkan Bajet Untuk Bil Internet Tersebut. (So.. Pastikan Langganan Internet Jalur Lebar Sekolah Tiada Kontrak)

Peruntukan Rm600 Tersebut Hanya Boleh Digunakan Kegunaan Pembayaran Bil Internet Dan Sekiranya Ada Baki Ianya Tidak Boleh Digunakan Untuk Apa2 Kegunaan Lain.

Had Kelajuan Yang Kpm Benarkan Adalah Maksima Sehingga 8mbps, Akan Tetapi Ianya Tertakluk Kepada Peruntukan Rm600 Dan Selebihnya Adalah Tanggungan Pihak Sekolah.

Pihak Sekolah Bertanggungjawab Diatas Keselamatan Rangkaian Internet Di Sekolah Masing-Masing, Pastikan Rangkaian Internet Mempunyai Content Filtering, Antivirus Dan Sebagainya... Sebarang Aduan Dari Masyarakat Setempat Berhubung Akses Pelajar Ke Laman Yang Tidak Sesuai Dibawah Tanggungjawab Sekolah Untuk Menyelesaikannya.

Schoolnet 2.0
Projek Ini Akan Membabitkan Penukaran Cable ‘Copper’ Ke Cable ‘Fiber Optik’ Yang Membolehkan Tm Membekalkan Talian Jalur Lebar Sehingga Maksima 10mbps (Seperti Yang Telah Diperolehi Oleh Sk Bukti Pasir, Muar).

Migration Diantara Jalur Lebar Sementara Ke Schoolnet 2.0 Tidak Akan Menjejaskan Talian Yang Sediada Dan Langganan Sementara Juga Akan Secara Automatik Ditamatkan Dan Ditukar Ke Schoolnet 2.0 Yang 100% Proses Dan Pembayaran Akan Diuruskan Oleh Kpm.

Pakej
Pakej Yang Ditawarkan Oleh Pihak Tm Seperti Tiada Pilihan Buat Sekolah, Hanya 3 Pakej Yang Disediakan Dan Kesemuanya Mempunyai Servis Content Filtering Dan Antivirus, Selain Itu Pakej Yang Disediakan Juga Tidak Mempunyai Tempoh Kontrak Dan Masih Menggunakan Peralatan Sediaada Disekolah Sekarang Ini, Walau Bagaimanapun Sekolah Masih Boleh Memilih Untuk Menukar Isp Lain Seperti Jaring Yang Turut Menyediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Tetapi Hanya Untuk Sekolah Yang Menggunakan Vsat.

School Broadband
Tm Adsl : 1mbps – Rm518.00, 2mbps – Rm588.00 
Vsat – Tm : 2mbps – Rm599.00
Vsat – Jaring : 2mbps – Rm599.00

Proses
Pihak Sekolah Akan Menerima Satu Borang Yang Dipanggil Uat Berserta Cd Antivirus Dan Polisi ‘Content Filtering’, Pihak Sekolah Perlu Menandatangani Borang Uat Tersebut Sekiranya Merasa Berpuashati Dengan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Tm Sediakan.

Call Centre Bagi Talian Khas School Broadband Ini Ialah 1060.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM