Kontrak GITN dan Projek SchoolNet - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, January 4, 2011


Untuk makluman Tuan/Puan, kontrak Perkhidmatan Pengurusan Rangkaian Untuk Naik Taraf Lebar Jalur Schoolnet diantara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Syarikat Goverment Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd. (GITN) akan tamat pada 31 Disember 2010.

Sehubungan itu, pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) berkuatkuasa dari Januari 2011 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak oleh pihak KPM.



Sebagai panduan, pihak sekolah dikehedaki merujuk dan mematuhi Garis Panduan seperti yang dilampirkan dibawah sebagai rujukan dan panduan.

a) Download Garis Panduan 1
b) Download Garis Panduan 2

Berikut adalah maklumat berkenaan Talian SchoolNet yang diselenggara oleh pihak GITN:-
  1. Projek Schoolnet adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ).
  2. Kontrak Schoolnet Fasa 1 telah tamat pada 24 Ogos 2009.
  3. Kontrak Schoolnet Fasa 2 bermula dari 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) melibatkan RM104 juta hanya untuk penyenggaraan dan bayaran bil berulang sahaja.
  4. Semua permohonan pertukaran teknologi tidak dapat diluluskan atas alasan perkara 3 di atas (kekangan bajet)
  5. Sebarang kerosakan Schoolnet akan disenggara oleh pihak GITN Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2010.
  6. Projek Schoolnet akan diambil alih oleh KPM sepenuhnya pada 2011 dibawah Rancangan Malaysia ke 10.
Sumber : Unit ICT, PPD Segamat

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM