Minit Mesyuarat - Skim F Daerah Segamat
Friday, February 27, 2009

MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME
JURUTEKNIK KOMPUTER

TAHUN 2009

Tarikh : 23 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Segamat
Kehadiran : Semua hadir kecuali :
En. Nordin b. Jamil
En. Nasir b. Ibrahim

Agenda :

1. Ucapan En Shamsul
  • Mengalu-alukan kedatangan juruteknik dan mengucapkan terima kasih kerana kesudian hadir pada mesyuarat pertama kali ini.
  • Membentangkan tugas-tugas juruteknik seperti yang teleah ditetapkan (Rujuk senarai tuggas juruteknik )
Tindakan : Tiada | Makluman : Semua juruteknik

2. Ucapan Tn. Hj Ramlan
  • Mengalu-alukan kedatangan juruteknik dan mengucapkan terima kasih kerana kesudian hadir pada mesyuarat pertama kali ini.
  • Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi juruteknik di sekolah bersama-sama
Tindakan : Semua | Makluman : Semua juruteknik

1. Membincangkan senarai tugas juruteknik komputer
  • Sebahagian juruteknik ditugaskan ke sekolah lain yang tidak mempunyai juruteknik secara bergilir -gilir mengikut jadual yang ditetapkan PPD Segamat.
2. Melantik Ahli jawatankuasa Juruteknik
2.1. Mesyuarat sebulat suara melantik:

Pengerusi : En Zahari b. Hasan (SMKA Segamat)
N. Pengerusi : En Iskandar b. Mohd. Zen (SK Kampung Jawa)
Setiausaha :Cik Nor aznida bt. Moh Gani (SMK Palong Timur)
Bendahari :En Mohd Shazali b. Md Ali (SK Palong Timur 2 )

2.2. Membincangkan rancangan tahunan 2009

2.3. Program khidmat Bantu sekolah.
  • Minta sekolah yang terlibat menghantar laporan kerosakan secara terperinci.
  • Ditugaskan secara bergilir-gilir dan berkumpulan
  • Tarikh akan ditetapkan kemudian
2.4. Baju dan peralatan juruteknik
  • En. Khairul Azhar ( SK Buloh Kasap ) ditugaskan untuk design baju.
  • Anggaran kos antara RM 60-70. Warna yang dicadangkan merah biru atau biru oren
  • Peralatan yang diperlukan juruteknik cd installer ,tool networking dll.
2.5. Kursus
  • Diadakan 4 kali setahun (3 bulan sekali).
  • Cadangan kursus diadakan kali pertama pada bulan 3.
  • Juruteknik,guru-guru ICT dan PKG akan terlibat bersama-sama.
  • Kursus-kursus yang dicadangkan adalah preventive maintanence,networking, server dan pengurusan makmal dan pusat akses.
2.6. Mesyuarat
  • Diadakan 4 kali setahun .
  • Mesyuarat yang akan datang diadakan pada minggu ke 5 bulan 4.
2.7. Lawatan
  • Luar daerah ke pusat akses atau makmal yang dapat pengiktirafan.
  • Cadangan diadakan pada bulan 6.
Tindakan : Semua Juruteknik | Makluman : Semua Juruteknik

3. Status makmal komputer

SMKA
  • Tiada kawalan dari guru samasa penggunaan makmal
  • Menambah satu lagi pusat akses.
SMK Paduka Tuan
  • Masalah tiada kerjasama dari guru ICT
  • Tidak dapat maklumat barang ICT sampai di sekolah.
  • Tidak dapat kerjasama dari guru lain
SMK Moakil
  • Masalah pusat akses yang masih tidak digunakan lag
SK Palong Timur 2
  • Pusat akses tidak ramai pengunjung
SMK Kampung Jawa
  • Masalah berkaitan meja
SMK Jementah
  • Masalah elektrikal di pusat akses
SMK Palong Timur
  • Masalah makmal komputer yang masih tidak diselenggara
SK Buloh Kasap
  • Komputer Makmal yang perlahan
Tindakan & Makluman : Semua Juruteknik

Majlis ditangguhkan pada pukul 5.20 petang

Disediakan oleh,
Cik Nor Aznida bt. Moh Gani
Setiausaha JTK Segamat

1 Komen:

  1. Tindakan Makluman
    Tiada Semua juruteknik
    (please edit)

    ReplyDelete

Please Don't SPAM