Taskforce - Khidmat Bantu ICT - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga pendidikan di seluruh negara, khususnya pada warga pendidikan di daerah Segamat. Menjelang cuti persekolahan yang akan datang kami MPJTKS ingin memaklumkan dan menawarkan khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang mempunyai permasalahan dalam ICT. Khidmat bantu ini terhad kepada sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan sahaja dan mestilah dalam bidang kuasa PPD Segamat sahaja. Skop khidmat bantu 'Taskforce' merangkumi kriteria-kriteria berikut:-

  • Installation Perisian
  • Sistem Rangkaian Troubleshooting
  • ICT Consultant
Khidmat bantu ini juga tidak melibatkan sebarang pertukaran perkakasan, kami hanya akan menyenaraikan status kerosakan dan cadangan/nasihat bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan perkakasan. MPJTKS juga tidak mengenakan sebarang caj dan bayaran bagi semua kerja-kerja khidmat bantu ini.

Prosedur permohonan khidmat bantu 'Taskforce' :-

  1. Dapatkan status kasar kerosakan ICT di sekolah
  2. Buat Surat Permohonan khidmat bantu 'Taskforce' kepada Unit ICT PPD Segamat
  3. Isi Borang Permohonan Online (Klik Sini)
  4. Pihak Sekolah akan dihubungi oleh Unit ICT untuk pengesahan permohonan
  5. Pihak sekolah perlu menyediakan makan/minum kepada semua peserta khidmat bantu, bergantung kepada berapa hari khidmat bantu berlangsung di sekolah masing-masing.
  6. Diakhir proses khidmat bantu, pihak sekolah akan diberikan sedikit taklimat berkenaan status ICT sekolah.
Untuk pertanyaan lebih terperinci, boleh berhubung dengan Pegawai ICT Daerah Segamat En. Ahmad Saifuldin Bin Makkah di talian 07-9311132.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM