Bridging Info - Skim F Daerah Segamat
Friday, April 8, 2011

Post ini merupakan susulan daripada kursus Lanjutan Networking yang telah berlangsung pada 7hb April 2011 yang baru-baru ini diadakan seperti maklumat dibawah ini:-

Tajuk Kursus : Kursus Lanjutan Sistem Rangkaian
Tarikh : 7hb April 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Makmal Komputer, SK Segamat Baru, Segamat.



Bridging
Digunakan untuk menguatkan isyarat rangkaian, yang dahulunya lebih dikenali sebagai proses repeater dan juga pernah ada satu alat khas yang dinamakan Repeater yang mana perlu dipasang pada talian UTP yang jaraknya melebihi ~100meter. Repeater atau bridging mempunyai fungsi yang hampir sama malah dengan kemudahan wireless terkini, proses repeater tidak lagi memerlukan pendawaian.

Bridging dengan menggunakan wireless amat menguntungkan kerana jarak yang yang boleh dihubungkan kadangkala boleh mencapai lebih dari kemampuan jenis pendawaian UTP kabel. Dengan hanya berbekalkan Wireless Router yang boleh menampung fungsi Bridging / WDS maka kemudahan bridging boleh dijadikan kenyataan.

Proses membina Wireless Bridging ini tidak seleceh yang berlaku apabila kita membuat pendawaian jenis UTP atau Fiber Optik.. kerana banyak masalah fizikal dapat dilepasi seperti gangguan laluan kenderaan, parit, pokok dan sebagainya.

Konsep bridging ini akan menghasilkan satu zone wireless yang besar mungkin boleh mencapai radius 300-500m dari modem. Maka isu keselamatan amat penting dalam menjayakan bridging ini, kemudahan ekskripsi dalam Router Wireless boleh digunakan sebagai asas perlindungan keselamatan.

Lingkungan capaian signal boleh dipertingkatkan dengan menukar jenis antenna yang digunakan kepada jenis antena yang lebih berkuasa seperti 9dBi dan 12dBi..

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM