Prosedur Pelupusan - Skim F Daerah Segamat
Thursday, December 17, 2009



 
  1. Aset ICT meliputi peralatan di makmal komputer, asrama, pentadbiran dan sebagainya.
  2. Aset perlu cukup umur lebih dari 5 tahun bermula dari tarikh penerimaan aset dan tidak perlu surat sokongan.
  3. Jika aset tidak cukup 5 tahun, maka ia tidak boleh dibuat pelupusan, namun perlu buat penyelenggaraan ataupun "call" vendor jika masih dalam waranti.
  4. Jika aset tidak lagi ekonomi untuk dibaiki sedangkan ia kurang dari 5 tahun perlu mendapat surat sokongan dari Juruteknik Komputer Ft 17 .
  5. Sediakan dokumen KEW.PA 17. Ruangan tandatangan perlu dikosongkan kerana ia akan di isi oleh Lembaga Pemeriksa yang dilantik oleh KSU kementerian Pelajaran.
  6. Sediakan salinan KEW 312.(salinan KEW.PA 2 akan bermula pada tahun 2012 bagi aset ict yang bermula pada tahun 2007)
  7. Hantar semua dokumen tersebut kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPNJohor untuk perkara perlupusan.
  8. Untuk makluman, KEW.PA-16 tidak perlu dibuat kerana ia akan disediakan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan (Pegawai Gred F).
  9. Urusetia Pelupusan akan menyediakan KEW.PA-16 dan KEW.PA-17. Satu pemantauan akan dibuat secara rambang mengikut senarai pendek sekolah.
  10. Setelah semua proses dibuat, satu surat kelulusan pelupusan akan dikeluarkan oleh Pengarah JPNJohor.
  11. Pada kebiasaannya, jawatankuasa akan menetapkan kaedah pelupusan secara Jualan Sisa.
  12. Melalui kaedah jualan sisa ia boleh dijual pada mana-mana tempat seperti tempat jualan besi buruk dan sebagainya. (Dapatkan resit dari pembeli sebagai bukti penjualan).
  13. Hasil jualan hendaklah dihantar ke Unit kewangan JPNJohor/PPD. Sediakan dokumen seperti dibawah:
    a. Satu salinan Sijil KEW.PA 19 .
    b. Satu salinan kutipan hasil jualan (dalam bentuk wang pos atau kiriman wang).
    c. Satu salinan bukti jualan (resit)
  14. Semua dokumen tersebut sila hantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPNJohor.
  15. Kemaskini KEW.312 di ruangan Pelupusan.
  16. Namun begitu,sukacita diingatkan agar pihak yang terlibat membuat proses pelupusan perlu melaksanakannya setelah mendapat penggantian.
  17. Sekiranya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh kelulusan pelupusan sedangkan penggantian masih lagi belum diperolehi sila mohon perlanjutan kelulusan pelupusan sehingga mendapat penggantian (Sila rujuk Bab E-Pelupusan, perkara 30).
  18. Oleh yang demikian aset tersebut masih lagi layak untuk diselenggara.
Maklumat ini berdasarkan input yang diterima semasa Kursus Pengurusan Aset di Batu Pahat yang lepas. Sekiranya ada tertinggal mana-mana langkap atau kesilapan urutan langkah sila maklumkan untuk di perbetulkan.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM