Permohonan Taskforce - Skim F Daerah Segamat
Saturday, December 12, 2009

Akhirnya baru aku berkesempatan untuk mengatur kembali aktiviti Taskforce, sepatutnya pada musim cuti sekolah sekarang ni kita boleh buat banyak aktiviti Taskforce untuk bantu sekolah-sekolah yang bermasalah dalam hal-hhal berkaitan ICT tetapi disebabkan komitmen masing-masing dalam pelbagai hal telah meng'kiv'kan aktiviti ini sehingga ke hari ini. Sebagai permulaan kita boleh mulakan dengan permohonan taskforce terlebih dahulu, diminta sesiapa yang ada cadangan untuk melawat sekolah yang mempunyai masalah dengan peralatan ICTnya boleh mengisi borang yang disediakan ini.

Walaupun PPD Segamat telah melantik vendor yang bertanggungjawab untuk menyelenggara peralatan ICT di semua sekolah di daerah Segamat tetapi khidmat kita sebagai Juruteknik masih tetap diperlukan untuk mengenalpasti kerosakan dan membantu menyelenggara kerosakan minor.

BORANG MOHON TASKFORCE - Isikan borang ini untuk membuat permohonan
LAPORAN PERMOHONAN - Lihat senarai permohonan untuk Taskforce (akan dipertimbangkan)

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM