Permohonan Kursus Asas Photoshop - Skim F Daerah Segamat
Wednesday, October 28, 2009

Bagi sesiapa yang berminat serta ada terlibat dalam jawatankuasa pembangunan laman web di sekolah masing-masing boleh memohon untuk turut serta dalam kursus ini. Cara permohonan adalah dengan mengisi borang secara online di alamat berikut:-

e-Kursus

Berikut adalah petikan daripada portal rasmi PPD Segamat,
Kursus Asas Adobe Photoshop CS3 dan Adobe Illustrator CS3 akan dianjurkan oleh Unit ICT, PPD Segamat dengan kerjasama Villosa Marketing And Design [JM0433751-U] dijangka akan diadakan pada 10, 11 & 12 November 2009.
Sehubungan dengan itu, guru-guru berminat diminta menghantar permohonan penyertaan sebelum 04 November 2009 kepada Unit Pengurusan Maklumat & ICT melalui Online di Portal Rasmi e-Kursus Online. Gunakan KODSEKOLAH bagi Pengguna dan KODSEKOLAH_V1 bagi katalaluan. Daftarkan dahulu maklumat anda di DAFTAR MAKLUMAT PENGGUNA sebelum memilih kursus yang dipohon. Hantarkan juga salinan permohonan kepada kursus@villosahosting.com.
Webmaster, pembantu webmaster dan AJK Laman Web Sekolah adalah digalakkan untuk turut serta ke kursus ini demi memantapkan lagi portal rasmi sekolah masing-masing.

4 Komen:

  1. aku dah mohon...
    jom la kengkawan.. mohon sesame...

    ReplyDelete
  2. dimaklumkan.. semua ft yang memohon akan digabungkan dalam satu slot kursus yang lain berbeza dengan slot bagi guru-guru.

    ReplyDelete
  3. hahahah maaf rakan ak p join cikgu2 dl la sbb ak time ngan korang ak x dpt dtg la ada kursus kat UM

    ReplyDelete

Please Don't SPAM