Mesyuarat Bersama JPNJ - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, March 31, 2009

Pada 30hb Mac 2009 yang lepas telah diadakan mesyuarat bersama diantara wakil-wakil juruteknik daerah-daerah di Negeri Johor dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor bertempat di SMK Simpang Renggam, Kluang. Mesyuarat tersebut yang julung-julung kali diadakan telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari setiap daerah adalah bertujuan untuk merapatkan jurang diantara pihak jabatan dan juruteknik-juruteknik komputer yang seramai lebih kurang 108 orang buat masa ini. Selain itu diantara objektif-objektif lain yang ingin dicapai semasa mesyuarat ini adalah seperti berikut:-

1. Membentangkan permasalahan dan isu-isu teknikal di daerah masing-masing; diantara masalah yang dikemukan adalah:-
  • Isu pelupusan dan permohonan komputer baru
  • Isu talian schoolnet
  • Isu penyelenggaraan dan peruntukan pembaikan
  • Isu pertukaran dan penggunaan juruteknik di PKG
2. Mengemukakan cadangan kursus-kursus yang sepatutnya dianjurkan sepanjang tahun 2009 yang bermotifkan merapatkan perbezaan skill diantara juruteknik-juruteknik; diantara kursus yang dicadangkan:-
  • Asas Perkakasan
  • Penyelenggaraan Kerosakan
  • Networking & Keselamatan
  • Server
*** semua juruteknik komputer FT17 di seluruh negeri johor dikehendaki mengisi maklumat kursus yang telah/pernah dihadiri sebelum ini di borang online yang disediakan oleh JPNJ. Didalam borang tersebut juga digalakkan agar mengisi kursus-kursus apa yang ingin dipohon. Klik disini untuk ke borang tersebut.

3. Pemberitahuan terdapatnya satu ujian saringan dalam masa terdekat ini, yang mana ujian saringan ini sekadar untuk memastikan setiap juruteknik mendapat kursus yang selayaknya dan usaha ini bertujuan menghasilkan juruteknik yang sama level skilnya. Skop ujian ini merangkumi:-
  • PengetahuanAm ICT
  • Sistem Aplikasi dan Perisian
  • Rangkaian Komunikasi dan Operasi
  • Isu-Isu Teknologi
  • Asas Pendawaian Elektrik dan Elektronik
  • Komponen Komputer
  • Pemasangan dan Pengujian Prasarana ICT
  • Langkah-Langkah Membaikpulih Perkakasan dan Perisian Komputer
  • Pengendalian UPS
  • 'Computer System Overview'
  • 'Digital System'
  • Microprocessors' dan 'Microcontrollers'
  • Sistem Komputer
  • 'Troubleshoot Network Problem'
  • Amalan Keselamatan ICT
*** ujian ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri johor di daerah masing-masing. jadual akan diberitahu kelak.

4. Turut dititikberatkan oleh En. Yunan dari JPN Johor adalah berhubung penggunaan buku log semasa menjalankan aktiviti seharian ataupun semasa terlibat dengan aktiviti bersama PKG masing-masing.

2 Komen:

  1. aku ngan jalal gi semalam, wakil je.. diorang kata kalau nak panggil sumer ramai sangat.

    ReplyDelete

Please Don't SPAM