Automatik Turn Off PC - Skim F Daerah Segamat
Sunday, March 1, 2009

Benda ni mungkin dah biasa dengar dan mungkin dah di adaptasikan di tempat kerja masing-masing, tapi saja nak tambah maklumat di blog ni. Yang istimewanya kali ni kita nak tengok macamana nak buat komputer di makmal akan tutup sendiri tanpa menggunakan sebarang aplikasi luar. Hanya berbekalkan command prompt sahaja.

Caranya mudah sahaja, lebih mudah dari setiap hari kita nak manually shutdown 20 biji pc..

Ikut langkah-langkah ini:-

1) Buka Command Prompt, kemudian taipkan ayat dibawah ini:
at 17:00 /every:m,t,w,th,f,s,su shutdown -f -s -c "Komputer Ini Akan Di Off"
2) Kemudian Enter untuk aktifkan arahan tersebut. Siap!!.

Keterangan serba sedikit berkaitan arahan diatas, sekurang-kurangnya nanti boleh ubahsuai sendiri arahan tu, mungkin nak ubah time shutdown ataupun mesej yang nak disampaikan. 
at (pada) 17:00 (pukul 5 petang) /every (setiap hari :m (isnin),t(selasa),w(rabu),th(khamis),f(jumaat),s(sabtu),su(ahad) shutdown(tutup komputer) -f(secara paksaan) -s(arahan shutdown) -c(arahan) "mesej anda"
Kalau nak tengok arahan shutdown yang sedia ada dalam komputer anda, hanya taip seperti berikut di command prompt pc anda:
at
Kalau nak padam arahan Shutdown tadi, boleh guna arahan seperti ini:
at {ID} /delete
kalau arahan secara remote guna cara ini;
at {namakomputer} {ID} /delete
Setelah tiba masa yang ditentukan untuk shutdown, akan ada sedikit masa untuk user menyimpan fail/dokumen yang sedang digunakan sebelum arahan shutdown dilaksanakan. Harap maklum ye...

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM