ADWCleaner Tools - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, November 11, 2014

Antara masalah popular dikalangan pengguna internet adalah spyware, browser hijack dan toolbar yang tak diingini menceroboh masuk dan diinstal secara sengaja atau tidak.


Apa itu Browser Hijacker?

Istilah ini meliputi pelbagai perisian yang dibangunkan untuk melakukan beberapa arahan-arahan khas yang biasanya bermotifkan keuntungan dari maklumat yang diperolehi dari pengguna yang menggunakan browser yang telah dicemari oleh spyware, malware dan sebagainya

Ciri paling ketara bagi sesebuah browser telah dihijack adalah beberapa setting asas seperti Homepage dan membuat sekatan terhadap beberapa laman web terutama laman web pembekal antivirus seperti lavasoft.com dan sebagainya.

Hijack berfungsi secara licik dengan menyamarkan diri sebagai popup dan aplikasi pengimbas virus yang memerlukan pengguna memberi kebenaran dalam bentuk klik pada button atau sebagainya. Arahan skrip ActiveX akan menjalan pemasangan spyware kedalam browser dengan mendownload skrip dari laman web mereka.

Sesetengah hijack juga turut mengubah fail HOSTS windows yang akan mengubah arah tuju url yang dibuka dalam browser.

Bagaimana untuk membersihkannya?

Terdapat beberapa cara untuk membersihkan browser yang telah tercemar dengan spyware, toolbar dan yang telah dihijack seperti diatas. Namun salah satu cara yang termudah dan cukup berkesan membersihkan browser dan pc anda dari semua jangkitan dan gangguan yang tidak diingini adalah dengan menggunakan ADWCLEANERS yang boleh didownload secara percuma dari beberapa laman web penyedia download aplikasi atau boleh dapatkan dari url dibawah:-




Cara menggunakan ADWCLEANER?

Cara penggunaan tool adwcleaner ini amat mudah, hanya klik pada scan dan tool ini akan menjalankan tugasnya mengesan semua kemungkinan jangkitan spyware dan malware yang terdapat dalam komputer dan hasil imbasan akan disenaraikan di tab-tab yang berkaitan.

Sebagai contoh sekiranya terdapat jangkitan pada Internet Explorer maka pada tab Internet Explorer akan disenaraikan jenis jangkitan yang ada.

Untuk membersihkan semua jangkitan, hanya perlu klik butang CLEAN dan tool ini akan menjalankan tugasnya dan komputer perlu direboot bagi tool ADWCLEANER ini menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Selepas sistem dimulakan (reboot) log imbasan ADWCLEANER akan dipaparkan untuk tujuan semakan dan laporan.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM