Selamatkah Password Anda? - Skim F Daerah Segamat
Sunday, May 4, 2014

Kata laluan adalah perkataan atau rentetan aksara digunakan untuk pengesahan pengguna untuk membuktikan identiti atau akses kelulusan untuk mendapat akses kepada sumber yang dikehendaki. Kata laluan merupakan suatu perkara yang perlu dirahsiakan daripada mereka yang tidak dibenarkan akses .

Penggunaan kata laluan mempunyai rekod yang sangat lama. Pada zaman dahulu pengawal sesuatu kawasan akan meminta katalaluan atau pengesahan sebelum kebenaran memasuki kawasan diberikan. Pada zaman sekarang, katalaluan lebih popular digunakan untuk kebenaran mengakses kepada sistem operasi komputer, akses terhadap telefon bimbit, akses terhadap email dan sebagainya.

Katalaluan pada dasarnya sesuatu yang peribadi dan sepatutnya hanya diketahui oleh individu yang tertentu sahaja. Namun disebabkan menggunakan katalaluan yang terlalu ringkas menjadikan penjenayah mampu meneka atau memecahkan kod katalaluan dengan mudah.

Cuba nilaikan adakah password anda gunakan sekarang ini cukup selamat dari diketahui oleh penjenayah siber?

PASSWORD METER
Online app untuk nilaikan dan semak tahap keselamatan katalaluan.

Online app untuk generate katalaluan yang lebih komplek dan selamat

Online app untuk menyimpan pelbagai jenis kataluan untuk memudahkan mengingat.


Sekurangnya anda boleh nilaikan sendiri dimana kekurangan dan kelemahan password masing-masing.. So.. selamat upgrade password masing2..

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM