NTLDR Missing? - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, October 19, 2010

Masalah tiba-tiba tak boleh loading OS dan hanya paparan hitam dan teks NTLDR is missing, Press Ctrl+Alt+Del to restart sering terjadi apabila 2 fail utama untuk booting hilang, rosak ataupun dijangkiti virus. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan dengan beberapa trick yang mudah. Tetapi kesediaan untuk menerima kemungkinan komputer tersebut perlu diformat dan kehilangan data perlu ada dalam diri anda. Jom lihat bagaimana cara menangani situasi NTLDR ini:-
  1. Cari CD Installer Windows XP/2000, masukkan dalam pemacu CD/DVD anda. Jika tiada CD Installer yang bersesuaian maka langkah-langkah seterusnya tidak boleh dilaksanakan.
  2. Restart komputer anda dengan konfigurasi first boot adalah CD/DVD drive.
  3. Semasa komputer dimulakan tekan mana-mana kekunci apabila terdapat paparan teks "press any key to enter setup".
  4. Selepas kekunci ditekan anda akan dapat melihat skrin installation Windows XP/2000. Pada paparan seterusnya tekan kekunci R untuk membaiki installation Windows. Skrin akan bertukar ke command prompt mode. Pilih akaun administrator untuk meneruskan langkah.
  5. Apabila anda telah mendapat paparan teks c:\WINDOWS> dan kursor berkelip, teruskan dengan menaip arahan seperti dibawah :
 copy d:\i386\ntldr c:\windows

     6.  Taip EXIT setelah selesai.

"D adalah huruf penanda bagi CD/DVD Drive komputer anda, dan perubahan huruf bergantung pada spesifikasi dan pembahagian partition komputer individu"

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM