Mesyuarat Penyelarasan Juruteknik Negeri Johor Kali Ke-2/2009 - Skim F Daerah Segamat
Friday, July 24, 2009

Pada 20hb Julai 2009 (Isnin) satu mesyuarat khas utk juruteknik dan JPNJ telah diadakan di PPD Johor Bahru, turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah Penyelia ICT Daerah setiap PPD. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan:
  • Membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Juruteknik-Juruteknik FT17 di seluruh Negeri Johor serta cadangan kursus untuk tahun 2010.
  • Membincangkan tanggungjawab penyelia ICT daerah untuk sentiasa memantau pergerakan juruteknik-juruteknik didalam daerah masing-masing.
  • Menggesa semua daerah mewujudkan Majlis Permuafakatan Juruteknik untuk daerah masing-masing dan kemudian mewujudkan jawatankuasa Majlis Permuafakatan Juruteknik Negeri Johor.
  • Memastikan semua juruteknik mematuhi senarai tugas masing-masing dan bekerja mengikut arahan yang ditetapkan dari masa kesemasa.
  • Menjalin hubungan baik diantara PPD - PKG - Juruteknik dalam semua aktiviti.
  • Menggalakkan aktiviti TaskForce diadakan secara berterusan bagi membantu semua juruteknik mempunyai kemahiran yang selaras.
  • Amalkan amalan berjimat cermat semasa aktivit TaskForce dijalankan, gunakan kos seminima mungkin.
  • Kursus-kursus LDP secara 'in house training' adalah digalakkan, gunakan peruntukkan yang telah diberikan kepada PKG masing-masing.
Dalam pada itu, En. Adha telah menyampaikan pesanan kepada semua Juruteknik agar berusaha menunjukkan fungsi FT17 disekolah serta beliau telah memaklumkan bahawa JPNJ telah meluluskan penggunaan juruteknik dalam Jawatankuasa Multimedia dengan kerjasama PKG Daerah.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM