Cara Delete Folder AUTORUN.INF - Skim F Daerah Segamat
Wednesday, October 19, 2011

Folder autorun.inf yang biasanya dicipta oleh antivirus bagi mengatasi masalah virus autorun.inf sememangnya diketahui amat berkesan tetapi adakalanya kita teringin nak delete folder autorun.inf tu atas sebab-sebab yang tertentu... cuma kalau delete secara normal memang sure tak boleh sebab dalam folder autorun.inf tu ada 2 lagi folder yang bernama con dan nul.protected yang memang tak boleh dibaca dan dibuang begitu sahaja.

Cara pertama untuk delete folder Autorun.inf ini adalah seperti berikut (arahan ini hendaklah dijalankan dalam command prompt):-
attrib -r -s -h {drive}:\autorun.inf
ren \\.\{drive}:\autorun.inf\con. dummy

ren \\.\{drive}:\autorun.inf\nul.protected dummy1
rd {drive}:\autorun.inf /s /q
Cara termudah untuk delete folder Autorun.inf ini adalah dengan jalan arahan tunggal seperti dibawah:-

rd /s /q \\.\{drive}:\autorun.inf

Boleh juga gunakan software-software lain.. tapi tujuan disini adalah dengan menggunakan command prompt sahaja. Selamat mencuba....

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM