Tatacara Pelupusan - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, September 27, 2011

Pelupusan” ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

Pelupusan aset Kerajaan bertujuan untuk:-
  1. Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan; 
  2. Menjimatkan ruang simpanan/pejabat; 
  3. Mendapatkan hasil pulangan yang terbaik; dan 
  4. Membolehkan aset milik Kementerian/Jabatan dipindahkan ke Kementerian/Jabatan yang lain atas sebab-sebab tertentu. 
Aset boleh dilupus berdasarkan justifikasi berikut:- 

(a) Tidak Ekonomi Dibaiki; 
(b) Usang/obselete; 
(c) Rosak dan tidak boleh digunakan; 
(d) Luput tempoh penggunaan; 
(e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum; 
(f) Tiada alat ganti; 
(g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan;  
(h) Disyor selepas pemeriksaan aset;  
(i) Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan; 
(j) Perubahan teknologi; dan 
(k) Melebihi keperluan. 

Tatacara Pelupusan Boleh Di Download Disni >> Download
Dokumen Pelupusan Boleh Download Disini >> Download

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM