Ramadhan 2011 - Skim F Daerah Segamat
Friday, July 29, 2011


Assalamualaikum....

Syukur kepada Allah s.w.t kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan istimewa ini. Bulan Ramadhan bulan yang dijanjikan penuh dengan keberkatan dan pahala sewajarnya elok jika kita ambil peluang keemasan ini beribadat dan menunaikan rukun islam ke-3 ini.

Merujuk kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan tarikh awal puasa 2011 ialah pada 31hb Julai 2011 manakala tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri 2011 ialah pada 29hb Ogos 2011.


Disamping kita menunaikan ibadah wajib ini, seperkara lagi yang kaum lelaki wajib tunaikan (bagi dirinya dan bagi tanggungannya) sekali dalam tempoh 1 bulan ini iaitu Zakat Fitrah. Mari kita lihat kadar zakat fitrah untuk seluruh negara:-

Majlis Permuafakatan Juruteknik Komputer Daerah Segamat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan Daerah Segamat tercinta. Assalamulaikum.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM