Ghost From Network - Skim F Daerah Segamat
Friday, June 24, 2011

Kali ini kita berkongsi ilmu berhubung teknik menggunakan Norton Ghost secara Network, Teknik ini lebih memudahkan tugas Clonning Harddisk kerana tidak perlu membuat pemindahan hardware atau pun satu demi satu komputer. Dengan menggunakan konsep Clonning by Network ini sekumpulan komputer yang dalam rangkaian boleh di clone kan dengan menggunakan satu image pada satu masa yang sama. Jom kita lihat langkah-langkahnya....

Sebelum memulakan Clonning harddisk via LAN atau TCP/IP ini, pastikan Norton Ghost sudah ada pada kedua PC dan juga sudah dipastikan kedua PC ini sudah bersambung dalam jaringan LAN dengan baik. Serta sebaiknya mengunakan Account Administrator untuk menjamin kelancaran akses maupun proses transfer data nanti. Pada gambar diatas ini kita mengunakan IP :192.168.88.150 pada PCSource dan IP :192.168.88.16 pada PCTarget . Setelah semuanya siap, jalankan aplikasi GHOST32 di kedua PC. Langkah pertama yang harus kita lakukan adalah pada PCSource, masuk ke menu “Peer to Peer” lalu pilih menu “TCP/ I P” terus klik “Slave”.

Setelah muncul paparan seperti diatas ini bererti PCSource sudah Standby menunggu sambungan dari PCTarget. Langkah kedua yang harus kita lakukan adalah pada PCTarget , masuk ke menu “Peer to Peer” lalu pilih menu “TCP/ IP” terus klik “MASTER”. Selanjutnya masukkanTCP/ I P dari PCSource iaitu : 192.168.88.150. Selain itu anda bila perhatikan pada gambar /capture proses Clonning via ini agak berbeza dengan Clonning harddisk dalam 1 local PC. Iaitu pada sebelah sudut kiri bawah paparan program Norton Ghost ditunjukkan “Connecting via TCP/IP”. Dan setelah kedua PC bersambung dan memulakan proses Clonning via LAN maka info yang ditunjukkan adalah “Connected”.


 Masukkan TCP/IP dari PCTarget kita iaitu :192.168.88.150, lalu klik “OK”


 Begitu setelah kita klik “OK”, maka akan muncul tampilan seperti diatas ini sepertimana kita Clonning biasa dalam 1 Local PC. Dan di PCTarget muncul seperti pada gambar selanjutnya dibawah ini. Teruskan semua langkap-langkah berikut sepertimana kita membuat local clone.


Selamat mencuba.....

1 Komen:

  1. program ghost boleh diperolehi dari cd utilities seperti Hiren's BootCD dan sebagainya....

    ReplyDelete

Please Don't SPAM