Chrome Pun Tak Selamat!! - Skim F Daerah Segamat
Friday, April 22, 2011

Kalau bercerita pasal malware, Internet Explorer paling mudah untuk dicerobohi oleh parasit jenis ni.. tapi baru-baru ni bersumberkan dari ZDNet Tech menunjukkan bahawa Google Chrome pun dah mula ada malwarenya sendiri, jadi hati-hati kalau semasa menggunakan Chrome tiba-tiba anda mendapat paparan seperti dibawah ini.


Sebab ini hanya akan membawa kepada fungsi imbasan yang palsu dan akhirnya skrin berikut akan terpapar.




Bila saja anda menekan butang OK untuk meneruskan installation, secara automatik malware-malware tersebut akan memasuki sistem komputer anda dan hasilnya adalah seperti berikut:-


Panda dan Precx mengenalinya sebagai “Suspicious” dan “Medium risk malware,” sahaja. BitDefender, F-Secure dan GData menandakan ianya sebagai “Gen:Trojan.Heur.FU.quX@am@e97ci.” AntiVir mengesan ia sebagai “TR/Crypt.XPACK.Gen.” Kaspersky pula mengesan ia sebagai “Trojan-Downloader.Win32.FraudLoad.zdul.” Manakala lain-lain antivirus masih menandakan malware ini sebagai fail yang mencurigakan.

Jadi selamat melayari internet dengan hati-hati...

2 Komen:

Please Don't SPAM