Tahniah Kepada AJK 2011 - Skim F Daerah Segamat
Wednesday, December 29, 2010

Pada 23hb Disember 2010 yang lepas MPJTK Daerah Segamat dengan rasmi telah mengadakan Mesyuarat Akhir Tahun 2010 untuk membentangkan status kewangan, status aktiviti sepanjang tahun, status latihan yang telah dilaksanakan serta status Taskforce yang telah berjaya dicapai. Tahniah kepada semua AJK tahun 2010 yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan semua tugas masing-masing. Alhamdulillah pada penghujung mesyuarat ini, ahli-ahli MPJTK telah bersama-sama mengundi perlantikan baru bagi sessi 2011 dan seterusnya.

Disebelah kanan adalah senarai jawatankuasa Majlis Permuafakatan Juruteknik Komputer Daerah Segamat yang baru bermula Januari 2011. Tahniah sekali lagi..

Tahniah juga kepada En. Mohd Erzad bin Suboh diatas perlantikan sebagai Webmaster yang baru bagi blog rasmi ftsegamat.org berkuatkuasa dari tahun 2011.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM