Prevent Application From Execute - Skim F Daerah Segamat
Friday, December 3, 2010

Kali ini kita berkongsi tips bagaimana untuk sekat aplikasi-aplikasi tertentu dari dijalankan (execute) pada komputer-komputer tertentu... step-step ini kalau dibuat dalam satu notepad dan disimpan dengan extension .reg boleh digunakan untuk semua komputer tanpa perlu mengulangi langkah-langkah yang sama pada setiap pc. Selamat mencuba.

Sebelum bermula pastikan anda mengetahui semua fail execute yang hendak dihalang, sebagai contoh jika ingin menghalang penggunaan calculator, maka failnya adalah calc.exe. Buat sedikit catatan bagi mengelakkan terlupa dan tersilap.

  1. Buka tetingkap Registry anda.... dan pergi key berikut:-
    [hkey_current_user\software\microsoft\windows\curre ntversion\policies\explorer]
  2. Pada ruang kosong sebelah kanan cipta reg_dword dan namakannya sebagai dosallowrun dan berikan nilai 1 kepadanya.
  3. Klik pada ruang sebelah kanan explorer dan cipta satu lagi subkey dan buat satu key seperti contoh dibawah:

    mylist1 reg_sz "notepad.exe"

    andaikata anda mahu menyekat aplikasi games counter strike, key sepatutnya berbentuk begini:-

    mylist1 reg_sz "notepad.exe"
    (menyekat aplikasi notepad)
    mylist2 reg_sz "cstrike.exe" (menyekat games counterstrike)
    mylist3 reg_sz "iexplore.exe" (menyekat penggunaan internet)
Sekarang cuba restart komputer dan cuba jalankan aplikasi tersebut di komputer anda... error "due to restrictions in effect in this computer this operation has been cancelled. contact your
system administrator" akan dipaparkan... untuk memulihkan kembali, hanya padamkan key untuk aplikasi yang berkaitan... dan restart untuk melihat kesannya...

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM