Majlis Perpisahan Untuk Fifi - Skim F Daerah Segamat
Wednesday, September 22, 2010

Semakin berkurang lagi nampaknya geng FT Segamat, sahabat kita Mohd Zulhafifi Bin Rusli FT17 di SMK Seri Kenangan bakal bertukar ke Perlis awal bulan Oktober ini. Beliau sebelum ini aktif dalam aktiviti sukan terutamanya Bola dan Futsal dalam diam telah lama memohon pertukaran ke tempat kelahiran beliau. Tahniah diatas pertukaran ini, kami semua mendoakan kejayaan ditempat sendiri kelak.
Bagi meraikan beliau, satu majlis telah dianjurkan oleh Biro Aktiviti dan Riadah. Aktiviti adalah seperti berikut:-

Aktiviti : Majlis Perpisahan Mohd Hafifi
Lokasi : Restoran Juara Ikan Bakar IOI (rujuk peta)
Tarikh : 23hb September 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam

Diharap semua FT Segamat dapat memberikan kerjasama untuk memeriahkan majlis ini. Terima kasih.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM