Tapisan Keselamatan Untuk FT - Skim F Daerah Segamat
Friday, July 9, 2010

Salam sejahtera semua warga FTSegamat.....ini adalah untuk Juruteknik Komputer yang berkhidmat di bawah KPM... Kita diwajibkan lulus tapisan keselamatan untuk pengesahan dalam penjawatan,,,di sini ada sedikit petikan yang aku ambik daripada Surat perkeliling perkhidmatan:

“Tapisan Halus” bermaksud proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat iaitu Rahsia atau Rahsia Besar; dan “Tapisan Kasar” bermaksud proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat setakat peringkat Sulit.
JENIS TAPISAN YANG DIKUATKUASAKAN 7. Semua Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik wajib menjalani tapisan keselamatan di peringkat tapisan kasar. Namun begitu, bagi anggota yang berkhidmat mengendalikan sebarang perkara terperingkat turut diwajibkan menjalani tapisan keselamatan halus.
Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) Lantikan Dalam Perkhidmatan Pendidikan SPP akan menyertakan borang tapisan kasar bersama-sama dengan surat tawaran pelantikan rasmi. Anggota dalam kategori ini akan mengisi dan seterusnya mengemukakan borang tapisan kasar secara terus kepada Pejabat KPKK melalui Ketua Jabatan. Seterusnya Pejabat KPKK akan mengemukakan sijil keputusan tapisan keselamatan terus kepada pegawai melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan tapisan kasar ini akan digunakan sebagai syarat pengesahan pelantikan atau syarat PDP bagi jawatan disandang oleh pegawai. Aliran proses kerja yang melibatkan pegawai bagi kategori ini adalah seperti di LAMPIRAN C.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 11. Semua pegawai hendaklah mengisi borang tapisan keselamatan berdasarkan jenis tapisan kasar atau halus yang ditetapkan oleh Pejabat KPKK atau Ketua Jabatan. Borang tapisan keselamatan yang digunakan adalah seperti berikut: a. Tapisan Kasar - Borang KPKK 11 seperti di LAMPIRAN D b. Tapisan Halus - Borang Soalan Keselamatan (Am 480-Pin. 1/04) seperti di LAMPIRAN E
Borang-borang ini boleh didapati dari Ketua Jabatan masing-masing atau dicetak sendiri melalui laman web Pejabat KPKK iaitu http://www.cgso.jpm.my atau download borang ini. Untuk rujukan pekeliling boleh download disini.

Walaubagaimanapun perkara ini bukan perkara wajib untuk pengesahan jawatan bagi lantikan sebelum tahun 2009, bergantung kepada ketua jabatan masing-masing menilaikan samada anda perlu atau tidak menjalani tapisan keselamatan ini. Tetapi bagi FT yang dilantik bermula Januari 2008 anda akan diminta menjalani tapisan keselamatan ini sebagai syarat pengesahan jawatan.

3 Komen:

  1. wahh..aku terselamat ar nie...

    ReplyDelete
  2. wa kene buat gk..
    bape bulan br siap ni,,

    ReplyDelete
  3. aku tak pasti prosedur dia camner... cuma dengar2 citer dari bos lama aku... dia kata kalau tapisan kasar just isi borang2 je... tapi kalau tapisan halus ader sessi macam soalsiasat skit... latar belakang keluarga... adik beradik... kawan... sumer ditanya..

    ReplyDelete

Please Don't SPAM