NetOp School - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, May 18, 2010

NetOp School merupakan sebuah perisian pengurusan rangkaian bagi guru dalam pembelajaran di bilik darjah. Perisian ini juga dibangunkan untuk membolehkan guru mengawal segala aspek penggunaan komputer dalam sebuah kelas bermula dari login sehinggalah kepada proses menutup komputer. Berikut adalah sebahagian fungsi NetOp School yang dapat disenaraikan:-
  • Mengawal Login Student
  • 'LiveView' Skrin Setiap Student
  • Memantau Penggunaan Aplikasi Setiap PC
  • Mencipta Polisi Internet / Aplikasi Tersendiri
  • Melaksanakan Ujian/Survey Secara Dalam Rangkaian
  • Perkongsian Fail / Dokumen Secara Rangkaian
  • Mengawal Shutdown / Wake On Lan Secara Remote


Secara asasnya NetOp School mempunyai 1 installer sahaja tetapi semasa langkap installation dijalankan, hati-hati semasa terdapat paparan pilihan Teacer / Student / Classroom Server, kerana pilihan ini akan menentukan apa fungsi pc tersebut dan lesen key yang perlu dimasukkan.

Secara umumnya, fungsi Teacher akan digunakan pada pc guru dan fungsi Student pula dimasukkan pada semua pc dalam kelas/makmal. Sebaiknya fungsi student ini di letakkan kata laluan untuk mengelakkan pelajar menutup aplikasi NetOp School ini.

Aplikasi ini amat mudah dikendalikan kerana ianya berasaskan UI yang mesra pengguna. Luangkan masa beberapa jam untuk explorer dan insyallah anda akan boleh mengendalikan aplikasi ini dengan mahir. Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh hubungi sahabat FT yang pernah menggunakan aplikasi ini ataupun boleh menulis komen di sini.

3 Komen:

  1. sape2 nak netop 6..
    boleh la download kat..
    http://hotfile.com/dl/14468395/bf65859/NetOp.School.Teacher.AND.Student.v_6.0.2008295.Incl.Keymaker-CORE.rar.html

    p/s : blh ke komen camni/?

    ReplyDelete
  2. boleh.. sebab blog nih private.. kalau tak, risau gak aku danware masuk karang kena sue plak... wakakaka....

    ReplyDelete

Please Don't SPAM