Program Perancangan "ROAD SHOW" Latihan AKS Tahun 2010 - Skim F Daerah Segamat
Wednesday, February 24, 2010

Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohammad dari Unit Latihan JPN Johor.

Kehadiran : Semua jawatankuasa bidang masing-masing.
(bagi ft daerah segamat, aku sorang ja yang hadir)

Tujuan : Merangka plan latihan bagi Anggota Kumpulan Sokongan tahun 2010.

Perbincangan meliputi:
Peruntukan:
  • Peruntukan yang diberi kepada 10 PPD negeri johor adalah RM45K. setiap PPD menerima dalam lingkungan RM4K.
  • Jumlah peruntukan untuk seorang kakitangan sokongan adalah RM8.00.
  • Bagi FT17 segamat peruntukannya adalah 32 orang X RM8.00 = RM256.00
  • Peruntukan untuk program pertama telah diterima oleh JPNjohor.
Program/kursus:
  • Program hendaklah di jalankan di premis yang percuma (premis kerajaan)
  • Tiada Tuntutan perjalan untuk program tersebut
  • Peruntukan disediakan adalah untuk makan minum sahaja. (RM8.00 seorang)
  • Penceramah boleh terdiri daripada senior bidang masing-masing atau pegawai yang bersetuju memberi ceramah tanpa mengenakan bayaran. (mesti percuma & tiada tuntutan perjalanan)
  • 3 kursus /program adalah dalam tempoh bulan MAC hingga JUN. 1 kursus hanya dijalankan dalam masa 1 hari.
Persediaan:
  • Ketua bidang / jawatankuasa hendaklah menyediakan pelan operasi kursus / kertas kerja kursus.
  • Ketua bidang kenalpasti pembekal makanan untuk kursus. (dapatkan lesen pembekal makanan, Sijil SSM, sebutharga, salinan penyata bank pembekal, no tel dan cop pembekal makanan. )
  • Daftar kehadiran pastikan penuh semasa kursus. ( kalau ada yang tak datang tolong adakan tandatangan.)
  • LO disediakan oleh EO PPD
  • Kertas kerja disediakan 2 minggu awal sebelum tarikh kursus.
Berikut adalah tentatif yang telah dibincangkan semasa program "road Show" di PPD Segamat untuk AKS juruteknik komputer gred ft17:


TENTATIF KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
PERINGKAT JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR TAHUN 2010
DAERAH : SEGAMAT
KURSUS PERTAMA
BIL
UNIT
NAMA PROGRAM
TARIKH
TEMPAT
BIL.PESERTA
KEWANGAN
1
Juruteknik Komputer Gred FT17
KURSUS PENYELENGGARAAN SERVER
11 MAC 2010
( KHAMIS)
MAKMAL KOMPUTER SMK PADUKA TUAN
32 Orang X RM8.00
RM 256.00
JUMLAH
RM 256.00
KURSUS KEDUA
BIL
UNIT
NAMA PROGRAM
TARIKH
TEMPAT
BIL.PESERTA
KEWANGAN
2
Juruteknik Komputer Gred FT17
KURSUS “NETWORKING”
28 APRIL 2010
(RABU)
MAKMAL KOMPUTER SK KG.JAWA
32 Orang X RM8.00
RM 256.00
JUMLAH
RM 256.00
KURSUS KETIGA
BIL
UNIT
NAMA PROGRAM
TARIKH
TEMPAT
BIL.PESERTA
KEWANGAN
3
Juruteknik Komputer Gred FT17
KURSUS PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
24 JUN 2010
(KHAMIS)
PKG BANDAR SEGAMAT
32 Orang X RM8.00
RM 256.00
JUMLAH
RM 256.00

Untuk kursus pertama, akan dijalankan seperti data di atas. ini kerana kertas kerja telah pun dihantar kepada EO pada 24.02.2010 oleh En.Mohd Sofwan Fathi Bin Abu Bakar.

Penceramah / tenaga pengajar adalah En.Iskandar bin Mohd Zen dan En. Zahari bin Hassan.

Untuk kursus kedua dan ketiga, adalah berdasarkan kertas kerja seterusnya. ( tarikh dan tempat masih boleh dibincangkan)

Sekian terima kasih.

Yang melaporkan:
Mohd Sofwan Fathi bin Abu Bakar.
(FT17 SMK Paduka Tuan)

4 Komen:

  1. Hehehehe... aku terlepas dr azab sofwan.... nguahahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. ko nanti kena jadi penceramah untuk kursus networking plak

    ReplyDelete
  3. ha'ah betoi.... networking I (faiz & jalal) networking II (komathy & erzad) ghost (azhar & khaflie) eletrik (nasir & kecik) hehehhe...

    ReplyDelete

Please Don't SPAM