Cara ByPass Password Windows XP - Skim F Daerah Segamat
Monday, January 18, 2010

Kadang-kadang user protect diorang punya pc dengan password ntah apa-apa lepas tu terlupa.. yang malangnya akaun user tu akaun administrator plak... kalau akaun user biasa takpe jugak kita boleh login guna akaun administrator dan remove password user tadi, tapi kalau akaun administrator yang ada password macamana? jom kita berkongsi cara-caranya...

Cara Skematik (Ikut Prosedur)
Step 1 Masukkan CD Windows XP dalam pemacu CD dan boot komputer. Tekan mana2 kekunci apabila nampak mesej "press any key to boot from CD," untuk boot menggunakan CD tadi.

Step 2 Selepas paparan 'license agreement', ada pertanyaan untuk memulakan proses 'Repair'.

Step 3 Tekan R untuk memulakan proses pemulihan. Setelah selesai reboot dan biarkan komputer reboot secara normal (jangan tekan apa2 kekunci)

Step 4 Perhatikan skrin bawah sebelah kiri. Apabila 'Installing Devices' bermula, tekan SHIFT + F10. Command Line console akan dibuka.

Step 5 Taip NUSRMGR.CPL dan tekan Enter. Ubah atau padam terus password akaun yang dikehendaki. Tunggu sehingga proses pemulihan selesai untuk membolehkan log masuk ke akaun tadi tanpa password atau dengan password baru.

Tips## Kalau nak disable terus penggunaan password pada satu2 pc, cuma taip "control userpasswords2." buangkan tanda pada "Users must enter a user name and password to use this computer." dan komputer tersebut takkan bertanyakan password lagi.

Cara Tak Skematik
Dapatkan CD Hiren's / Download software password removal dari Internet.. ataupun cuba download HiBart CD.iso dari server SK Kampong Jawa.

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM