SSD Storage - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, September 1, 2009


SSD (Solid State Disk)
Sejenis storage yang kini banyak digunakan dalam notebook (terutamanya netbook).

Kelebihan SSD

  • Permulaan akses yang sangat cepat disebabkan tiada sebarang putaran cakera diperlukan.
  • Carian data dan maklumat yang amat pantas kerana tidak memerlukan read/write head mencari maklumat diatas cakera.
  • Menjadikan aplikasi dan data lebih pantas diproses serta digunakan.
  • Hampir 0% bunyi dihasilkan apabila menggunakan SSD sebagai ganti harddisk.
  • Tidak memerlukan utiliti seperti defragment kerana simpanan data dalam bentuk flash bukan magnetik. Dan kedudukan data dalam simpanan SSD tidak membezakan kecepatan proses maklumat.
  • Penggunaan kuasa yang amat minima dan sangat kurang menghasilkan haba apabila beroperasi.
  • Ketahanan yang lebih lasak disebabkan tiada sebarang peralatan bergerak dalam SSD dan membolehkan digunakan dalam keadaan yang extreme dan boleh bertahan sehingga 70 degress (20 degress lebih daripada harddisk biasa)
  • Saiz dan berat dapat dikurangkan.
Tahukah Anda?
  • SSD telah mula digunakan oleh pembekal-pembekal utama komputer diseluruh dunia semenjak tahun 70-an lagi tapi baru kini teknologi ini dipopularkan untuk kegunaan storage pc.
  • SSD sebesar 1TB mempunyai kelajuan bacaan terendahnya sehingga 654MB/sesaat manakala bacaan terpantasnya adalah 712MB/sesaat!
  • SSD terbesar yang telah dihasilkan adalah berkapasiti 5TB yang mempunyai kadar bacaan data sehingga 3GB/sesaat!

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM