Prosedur Permohonan Penyelenggaraan - Skim F Daerah Segamat
Tuesday, September 29, 2009

Sekolah yang mempunyai Juruteknik FT17 perlu membuat pemeriksaan asas bagi setiap kerosakan yang berlaku pada peralatan ICT di sekolah masing-masing. Kerosakan yang terlibat adalah meliputi kerosakan perkakasan sahaja. Bagi kerosakan yang melibatkan perisian seboleh bolehnya hendaklah diselenggara sendiri bagi mengurangkan kos pembaikan.
  1. Setiap kerosakan yang dikesan hendaklah dicatatkan didalam borang ICTPP1 yang boleh didownload dari laman web PPD Segamat. (Ataupun boleh diambil dari Server SK Kampong Jawa) Sila catatkan No. Harta Modal bagi perkakasan yang rosak, serta catatkan juga jenis kerosakan serta lokasi peralatan.
  2. Kemudian penuhkan borang KEW-PA13 yang juga boleh diperolehi dari laman web PPD Segamat.
  3. Pastikan setiap peralatan yang dilaporkan kerosakan mestilah mempunyai Kad Harta Modal KEW-PA2. Salinan kad harta modal ini hendaklah dilampirkan bersama-sama borang ICTPP1 dan KEW-PA13 semasa dihantar ke Vendor masing-masing. Lihat lampiran ini untuk senarai VENDOR masing-masing mengikut sekolah.
Pihak vendor akan datang kesekolah untuk membuat pengesahan kerosakan dan membuat baikpulih sebaik sahaja Pegawai Penyelia ICT Daerah Segamat memberikan kelulusan penyelenggaraan. Kelulusan adalah tertakluk pada bajet penyelenggaraan setiap sekolah. Harap maklum.

4 Komen:

  1. dalam kew.pa-13 tu ruang catatan ape nak letak ek?
    dalam salinan daftar harta modal tu nk copy dpn blkg skali ke? @ nk photostat kiri kanan?

    ReplyDelete
  2. catatan tu letak lokasi peralatan atau maklumat kerosakan... kalau kosongkan pun takpe.. kew-pa2 tu cuma photostat depan je... belakang tu guna bila nak wat pelupusan nanti...

    ReplyDelete
  3. wokeys..
    ICTPP1 faks ppd n kontraktor?
    kalau hantar direct kt PPD anta kt mne ek...
    huhuhu~~

    ReplyDelete
  4. kalau nak hantar direct ke PPD boleh terus jumpa hj ramlan/en. shamsul (bilik dia kat tingkat atas) ataupun ko boleh masukkan dlm sampul tulis ke unit ICT kemudian masukkan kat pigeon hole kat PPD.

    Ko call kontraktor tu, nanti dia dtg collect...

    ReplyDelete

Please Don't SPAM