Penyelenggaraan Peralatan ICT - Skim F Daerah Segamat
Thursday, September 10, 2009

Budget penyelenggaraan bagi peralatan ICT di sekolah-sekolah telah diturunkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, dan pihak PPD telah melantik 8 vendor dari sekitar daerah Segamat untuk menyelesaikan semua penyelenggaraan ICT dalam tempoh sebulan (tempoh ini berakhir 30hb September 2009)

Oleh itu semua juruteknik FT17 yang berkhidmat di sekolah diminta mengisi borang KEW-PA3 dan ICTPP1 dan mengembalikan kepada vendor masing-masing.

Penyelenggaraan ini layak kepada perkakasan yang masih belum dilupuskan, tetapi bagi perkakasan yang telah diluluskan untuk dilupuskan dan telah memohon lanjutan masih boleh memohon untuk penyelenggaraan. Berikut adalah makluman yang diambil terus dari portal PPD Segamat:

PROSEDUR PERMOHONAN Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah-sekolah Daerah Segamat Johor


Tindakan Segera :
Semua sekolah daerah Segamat kecuali SM Teknik, Segamat

Pejabat Pelajaran Daerah Segamat telah diarahkan untuk melaksanakan projek penyenggaraan peralatan ICT Sekolah-sekolah Harian Negeri Johor 2009, mengganti kerja-kerja yang sebelum ini ditugaskan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua sekolah harian di dalam daerah telah diagihkan mengikut zon dan syarikat penyenggaraan berkaitan. SM Teknik Segamat tidak termasuk di dalam eksersais ini.

Projek ini berkuatkuasa hingga 31 Oktober 2009. Sehubungan dengan itu pihak tuan diingatkan agar segera bertindak mengenalpasti kerosakan peralatan ICT di sekolah seterusnya melaksanakan proses permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan. Sila berikan kerjasama kepada syarikat tersebut supaya perkhidmatan penyelenggaraan ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Bersama-sama ini disertakan panduan tatacara / prosedur dan contoh borang untuk dijadikan panduan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, 07-9323306, untuk perhatian Tn. Hj. Ramlan bin Jahari atau Encik Shamsul Kamar bin Abdul Wahab.

Berikut salinan panduan tatacara permohonan dan contoh borang berkaitan.

Penyelenggaraan ICT.ppt

Carta Alir Sekolah.doc

Carta Alir Syarika2t.doc

Senarai Sekolah Mengikut ZON & Syarikat.xls

Surat Mohon.doc

ICTPP1 - Laporan Kerosakan.xls

KEW[1].PA-2 (Daftar Harta Modal).doc

KEW[1].PA-3 (Daftar Inventory).doc

KEW[1].PA-9 (Borang Aduan Kerosakan Aset Alih).doc

KEW[1].PA-13 Senarai Aset Memerlukan Penyelenggaraan.xls

KEW[1].PA-14 Daftar Penyelenggaraan Harta Modal.xls

Borang-borang yang telah dilengkapkan perlu diserahkan kepada vendor selewat-lewatnya 14/15hb September 2009, borang-borang tersebut adalah:-

ICTPP1 & KEW[1].PA-13 dan untuk mengetahui vendor yang bertanggungjawab bagi sekolah masing-masing boleh rujuk lampiran Senarai 8 Vendor. Pastikan semua peralatan ICT memiliki KEW[1].PA-2 bagi tujuan semakan oleh PPD.

Diharap semua ambil tindakan... (SM Teknik Segamat Terkecuali..... )

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM