Update : TaskForce Siri 4/2009 - Skim F Daerah Segamat
Friday, July 31, 2009

Alhamdulillah.. selesai sudah taskforce kita kali yang ke 4 dalam tahun 2009 nih, rasanya inilah taskforce paling meriah dalam johor sebab takde daerah lain lagi yang berjaya buat taskforce yang melibatkan kesemua juruteknik dalam daerah masing-masing. Kita patut berbangga... tahniah lagi...

Taskforce kali ini melibatkan 4 buah sekolah yang masing-masing mempunyai masalah yang pelbagai dan dengan kerjasama semua ft senior mahupun junior akhirnya semua masalah ini 80% dapat diselesaikan manakala selebihnya adalah kerana kerosakan hardware yang diluar kemampuan kita.

Pada hari yang sama juga kita telah melantik AJK Multimedia untuk Daerah Segamat yang akan membantu PKG dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan multimedia seperti Photografi, Audiografi dan Videografi. Bagi mereka yang berjaya dipilih, tahniah diucapkan.. oleh kerana permohonan untuk menyertai AJK Multimedia ini agak ramai jadi, pemilihan dan tapisan akan dilaksanakan oleh Penyelia ICT Daerah iaitu Tuan Hj Ramlan.

Photo-photo semasa mesyuarat dan taskforce akan diupload ke blog ini apabila kesemua gambar dari keempat-empat kumpulan diterima. Harap maklum...

Berikut adalah laporan akhir Taskforce:

TaskForce Team A (SMK Agama) [ Download ]
TaskForce Team B (SK Bandar Putra) [ Download ]
TaskForce Team C (SK LKTP Medoi) [ Download ]
TaskForce Team D (SK Bukit Hampar) [ Download ]

0 Komen:

Post a Comment

Please Don't SPAM